Guru-guru mula bertugas semenjak hari 1 persekolahan.Bermula 3 Jan, P & P berjalan dan program khas untuk tingkatan 1 juga bermula.
Pelajar tingkatan 4 pula sibuk dgn minggu pengenalan pakej pembelajaran SM Atas. Buku teks buat mereka turut diagihkan.
Akhirnya pada Khamis, semua pelajar tingkatan 1 dan 4 diagihkan ke kelas masing-masing. P & P untuk mereka di kelas akan bermula sepenuhnya pada minggu ke 2. Jadual waktu utk ting 1 dan 4 telah diagihkan.
Suatu perkara yg menarik....pada Khamis berlaku beberapa peristiwa yang menyentuh warga pendidik SMKKB. Umi Pn Siti Khalijah bertukar ke SMK Kedondong kerana kenaikan pangkat.Pada hari yang sama, dua kereta guru SMKKB mengalami kemalangan....pada paginya ketika bersarapan kita dikejutkan dgn kisah seorang guru kita yg mana rumahnya telah dimasuki pencuri.....ini antara rencah kehidupan minggu 1.....dan kita berdoa agar semua persoalan ini dapat dihadapi dgn ketabahan dan kesabaran...banyak lagi yg belum tercatat....pendaftaran asrama pada Isnin, pendaftaran pelajar asrama tingkatan 1 pada Khamis.....
tahniah....sapa buat blog ni...letak gambar la weh...
ReplyDelete